27 May 2011 0 comments

Pemenang Zon Terbaik Akhirnya Terjawab!!!

Pemenang untuk Pertandingan Zon Terbaik yang di tunggu-tunggu akhirnya terjawab. Pemenang yang berjaya memperolehi wang tunai sebanyak RM1000 beserta piala pusingan akhirnya jatuh kepada Zon 3D.

Hadiah kepada pemenang di sampaikan oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Osman bin Muda, Pengurus Besar PMINT pada Majlis Perhimpunan Dwi-Bulanan.

Ahli-ahli zon bergambar bersama piala pusingan yang di memenangi. Boleh buat modal untuk pertandingan seterusnya..

Akhir sekali TAHNIAH kepada pemenang. Semoga terus berjaya dan cemerlang dari semua aspek bukan untuk Amalan 5S sahaja dan menjadi motivasi kepada zon-zon lain untuk pertandingan kelak.
25 May 2011 0 comments

Taklimat Pengukuhan 5S Siri 1

Jawatankuasa Kerja Latihan telah menganjurkan taklimat pengukuhan 5S siri 1 kepada kumpulan sokong 1 dan 2. Penyertaan seramai 40 orang yang dikendalikan secara dalaman oleh Puan Wan Hanan Wan Ismail, Encik Wan Rohaizab bin Wan Othman , Tuan Haji Ruslan Abu Bakar dan Puan Rubi Hashim.

Taklimat ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi pemahaman terhadap amalan 5S dan memupuk semangat kerja berpasukan. Pelbagai aktiviti telah diadakan.




22 May 2011 0 comments

Zon Manakah Pilihan Yang Terbaik!!!

Jawatankuasa Promosi telah mengadakan satu Pertandingan Zon Terbaik pada 8-12 Mei yang lepas. Pertandingan ini dinilai dari segi sudut Kebersihan dan Keceriaan Ruang Pejabat (Kebersihan, Keselamatan dan Kekemasan), Etika Korporat dan Disiplin Kerja, Kemudahan Pelanggan, Idea Kreativiti/Inovasi serta Menepati Objektif dan Sasaran.

Kemas, teratur dan tersusun. Susun adalah salah satu elemen dalam Amalan 5S. 

Selamat datang ke Zon Personel. Ia menggunakan sebuah komputer sebagai sudut 5S. Penggunaan komputer adalah lebih sistematik dan mudah untuk dikemaskini dan menarik untuk dibaca. 

En Yaziq sedang melihat sudut 5S di Zon Personel sambil diperhatikan oleh En Azmal.

Eh..Jom g sana pulak !!..

Beberapa peraturan dan panduan sebelum menggunakan alat timbang nie. Sila baca dulu sebelum digunakan..

Puan Zaiton sedang menerangkan mengenai sudut 5S zon beliau kepada En Mahadi

Bukan nak main sepak takraw tau. Tapi tengah berbincang nie. Mereka berada di Zon Utiliti. 

Bilik lif pun turut di audit. Untuk pengetahuan, sebelah kiri adalah lif yang baru dan telah siap dipasang.

Pengggunaan Mini Kiosk adalah salah satu kaizen yang telah digunapakai di Zon IT. Penggunaan Kiosk adalah lebih menarik dan lebih sistematik. Ia juga memudahkan untuk mengemaskini maklumat terkini dan juga seiring dengan teknologi terkini.

En Yaziq sedang bertanya mengenai Mini Kiosk. Maybe ada peluang untuk menang kan. hehe..

Ok. Kita tunggu dan lihat zon mana yang akan memenangi pertandingan ini. Mesti semua zon dah tak sabar kan??..
20 May 2011 0 comments

Selamat Datang Ke Blog 5S PMINT


Selamat datang ke blog 5S PMINT. Harap anda berpuas hati dan di harapkan memberi sebarang komen untuk meningkatkan lagi kecekapan 5S di PMINT.
 
;