24 September 2012 0 comments

PMINT Berjaya Mengekalkan Persijilan 5S Kali 3


TAHNIAH di ucapkan kepada semua staf PMINT kerana telah berjaya mengekalkan Persijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti(QE/5S) bagi tahun 2012 dengan keputusan cemerlang.

Pengauditan telah dilakukan oleh Encik Mahadi bin Hasbullah, Juruaudit daripada MPC Kelantan. Program audit ini dimulakan dengan Mesyuarat Pembukaan Audit yang dipengerusikan oleh Pengurus Besar PMINT, Y. Bhg. Dato' Haji Osman bin Muda serta dihadiri oleh barisan Pengurusan Tertinggi dan Pengurus-pengurus Bahagian, Pengerusi Jawatankuasa Kerja 5S serta Penyelaras Setiap Zon.  

Program audit diteruskan dengan aktiviti menyemak dokumen-dokumen Jawatankuasa Induk 5S, Jawatankuasa Kerja 5S (Latihan, Promosi, Standard dan Audit) diikuti empat dokumen zon yang dipilih iaitu Zon 3D, Zon Teknikal, Zon IT dan Zon Hartanah. Selesai sahaja proses semakan dokumen, juruaudit diiringi ahli Jawatankuasa Kerja 5S mengadakan lawatan untuk menyemak pelaksanaan 5S di setiap zon bermula dengan di tingkat 15 hingga ke tingkat bawah iaitu di Zon Hartanah.

Pada hari sama juga, pejabat cawangan PMINT di Kerteh (Zon Kerteh) turut diaudit buat kali keduanya oleh Puan Hazwani Nadiah binti Ismail, Juruaudit daripada MPC Kuantan. Ahli Jawatankuasa Zon Kerteh iaitu Puan Rosmawati binti Mohd Jamil, Tuan Haji Mohd Saidi bin Embong dan beberapa oleh ahli zon turut turun ke Kerteh bagi melancarkan perjalanan audit di sana.

Setelah selesai semua pengauditan, Juruaudit telah berkesempatan mengunjungi konti SSPP PMINT di tingkat 2, Menara Permint mengumumkan rumusan dan hasil penemuan audit secara langsung ke udara untuk didengari oleh semua peringkat warga kerja. Alhamdulillah, hasil berkat usaha dan komitmen oleh barisan pengurusan, semua ahli jawatankuasa dan warga kerja, PMINT telah berjaya disyorkan lulus untuk sambung pensijilan bagi tempoh satu tahun lagi bermula pada 18 September 2012 hingga 17 September 2013.

Sekalung tahniah kepada seluruh warga PMINT di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang perlaksanaan Amalan 5S di PMINT. Semoga usaha-usaha yang murni ini dapat diteruskan bagi mengekalkankecemerlangan PMINT pada masa akan datang.





18 September 2012 0 comments

Audit Persijilan 5S Kali ke 3


Diharap semua kakitangan PMINT bersedia di Audit untuk Persijilan 5S PMINT kali ke 3 pada 18 September 2012.. Pengauditan kali ini adalah lebih kepada 4 perkara berikut iaitu Amalan 5S, Kaizen, Sistem, dan Inovasi yang telah dilakukan.
09 September 2012 0 comments

Minggu 5S PMINT


 
;