25 April 2013 0 comments

3D Ungguli Zon Terbaik Dua Tahun Berturut-turut

Pada 23 April 2013, PMINT telah digegarkan dengan penganjuran Program Hari 5S oleh Jawatankuasa Kerja Promosi 5S PMINT. Program sehari tersebut telah dimulakan dengan Segmen Sembang Pagi PMINT(SSPP) bersama dengan Pengerusi Jawatankuasa Induk 5S PMINT, Y. Bhg. Tuan Haji A. Aziz bin Che Talib dan Tuan Haji Azmal bin Azaddin, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Promosi 5S PMINT bersama dengan krew SSPP. Pelbagai topik menarik berkenaan Program Hari 5S telah dibicarakan.

Pada hari tersebut juga, barisan Pengurusan PMINT berserta ahli-ahli Jawatankuasa Kerja dan Zon 5S PMINT telah berpeluang mengikuti seminar berkenaan Lean Management yang telah disampaikan oleh Encik Kamarulzaman bin Kassim, Pengarah MPC Wilayah Timur. Turut hadir pada program seminar tersebut ialah Y. Bhg. Dato’ Haji Osman bin Muda, Pengurus Besar PMINT, Y. Bhg. Tuan Haji M. Harith bin Hassan, Timbalan Pengurus besar Perancangan & Pembangunan dan Y. Bhg. Tuan Haji A. Aziz bin Che Talib, Timbalan Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat.

Selepas menghadiri program seminar, barisan Pengurusan Tertinggi PMINT telah dibawa melawat ke semua zon 5S PMINT bagi meninjau pelaksanaan amalan 5S di setiap zon. Semasa aktiviti lawatan turun padang yang memakan masa lebih sejam tersebut dijalankan, pelbagai kreativiti telah diperlihatkan terutamanya di pantri setiap zon. Inisiatif menghias pantri ini dibuat bagi menyertai pertandingan Pantri Terbaik dan Zon Terbaik yang diadakan sempena Hari 5S tersebut.

Program selama sehari tersebut diakhiri dengan majlis penutup dan pelancaran 8S yang disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato’ Haji Osman bin Muda, Pengurus Besar PMINT. Pada majlis tersebut, Y. Bhg. Dato’ Pengurus Besar telah meminta semua warga kerja dapat mengekalkan pelaksanaan 5S di zon masing-masing dan hendaklah sentiasa bersedia menghadapi Pengauditan Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) Bagi Kali Ke-4 pada bulan September 2013 nanti.

Beliau juga mengingatkan warga kerja supaya jangan memandang semua perkara seperti Pengauditan Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan, Pensijilan ISO 9001 : 2008, Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S), Penilaian Star Rating Laman Web dan yang terbaru Ikrar Integriti Korporat sebagai sesuatu perkara yang berasingan dan menyusahkan. Sebaliknya, perkara-perkara inilah yang menjadi kayu pengukur dan penanda aras kepada PMINT untuk menjadi agensi Kerajaan Negeri yang unggul . Malah, PMINT tidak terkecuali dalam melaksanakan agenda transformasi untuk meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan dan tahap penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Kemuncak majlis penutup tersebut, Zon 3D telah berjaya menggungguli rekod pemenang Zon Terbaik 5S selama dua tahun berturut (2012 dan 2013) dan Pantri Zon Hartanah berjaya dinobatkan sebagai pemenang Pantri Terbaik 2013. Semoga dengan semangat yang telah ditonjolkan di dalam merebut kemenangan ini dapat menyuntik semangat zon-zon lain untuk berusaha lebih gigih untuk memastikan amalan 5S di zonnya dilaksanakan dengan baik.








24 April 2013 0 comments

Sekitar Program Hari 5S PMINT

Pada 23 April 2013, PMINT telah digegarkan dengan penganjuran Program Hari 5S oleh Jawatankuasa Kerja Promosi 5S PMINT.

Program sehari tersebut telah dimulakan dengan Segmen Sembang Pagi PMINT(SSPP) bersama dengan Pengerusi Jawatankuasa Induk 5S PMINT, Y. Bhg. Tuan Haji A. Aziz bin Che Talib dan Tuan Haji Azmal bin Azaddin, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Promosi 5S PMINT bersama dengan krew SSPP. Pelbagai topik menarik berkenaan Program Hari 5S telah dibicarakan.

Pelbagai aktiviti-aktiviti telah dilakukan pada hari tersebut antaranya Program SSPP, Seminar Lean Management, Lawatan Turun Padang Pengurusan Tertinggi PMINT dan Majlis Penutup Hari 5S dengan memperkenalkan 8S kepada wargakerja PMINT.









30 January 2013 0 comments

Aktiviti 5S PMINT 2013

Assalamualaikum w.b.t.

Pada tahun 2013 ini, pelbagai perancangan Aktiviti 5S yang akan dijalankan di PMINT. Antara aktiviti yang akan dilangsung dalam masa terdekat ini adalah Hari 5S dan Pertandingan Zon Terbaik. Ia adalah aktiviti wajib untuk mengekalkan persijilan Amalan 5S untuk tahun ini.

Untuk memenuhi Slot Hari 5S, Jawatankuasa Promosi 5S PMINT telah bercadang untuk melaksanakan beberapa aktiviti sepanjang hari tersebut antaranya Special SSPP, Seminar 5S, Lawatan Turun Padang oleh Pengurusan Tertinggi PMINT, pertandingan meja terbaik dan pelancaran facebook dan twitter.

Aktiviti zon terbaik, kriteria-kriteria yang akan dipertandingkan akan dibincangkan kemudian. Jadi, setiap zon harus bersedia dari sekarang ye..

Aktiviti-aktiviti lain masih lagi dalam perbincangan. Nanti bila dah dapat keputusan, kami akan update dari semasa ke semasa.

Ada apa-apa cadangan boleh kemukakan kat komen di bawah ni ye..Cadangan anda boleh meningkatkan lagi Amalan 5S di PMINT.

24 September 2012 0 comments

PMINT Berjaya Mengekalkan Persijilan 5S Kali 3


TAHNIAH di ucapkan kepada semua staf PMINT kerana telah berjaya mengekalkan Persijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti(QE/5S) bagi tahun 2012 dengan keputusan cemerlang.

Pengauditan telah dilakukan oleh Encik Mahadi bin Hasbullah, Juruaudit daripada MPC Kelantan. Program audit ini dimulakan dengan Mesyuarat Pembukaan Audit yang dipengerusikan oleh Pengurus Besar PMINT, Y. Bhg. Dato' Haji Osman bin Muda serta dihadiri oleh barisan Pengurusan Tertinggi dan Pengurus-pengurus Bahagian, Pengerusi Jawatankuasa Kerja 5S serta Penyelaras Setiap Zon.  

Program audit diteruskan dengan aktiviti menyemak dokumen-dokumen Jawatankuasa Induk 5S, Jawatankuasa Kerja 5S (Latihan, Promosi, Standard dan Audit) diikuti empat dokumen zon yang dipilih iaitu Zon 3D, Zon Teknikal, Zon IT dan Zon Hartanah. Selesai sahaja proses semakan dokumen, juruaudit diiringi ahli Jawatankuasa Kerja 5S mengadakan lawatan untuk menyemak pelaksanaan 5S di setiap zon bermula dengan di tingkat 15 hingga ke tingkat bawah iaitu di Zon Hartanah.

Pada hari sama juga, pejabat cawangan PMINT di Kerteh (Zon Kerteh) turut diaudit buat kali keduanya oleh Puan Hazwani Nadiah binti Ismail, Juruaudit daripada MPC Kuantan. Ahli Jawatankuasa Zon Kerteh iaitu Puan Rosmawati binti Mohd Jamil, Tuan Haji Mohd Saidi bin Embong dan beberapa oleh ahli zon turut turun ke Kerteh bagi melancarkan perjalanan audit di sana.

Setelah selesai semua pengauditan, Juruaudit telah berkesempatan mengunjungi konti SSPP PMINT di tingkat 2, Menara Permint mengumumkan rumusan dan hasil penemuan audit secara langsung ke udara untuk didengari oleh semua peringkat warga kerja. Alhamdulillah, hasil berkat usaha dan komitmen oleh barisan pengurusan, semua ahli jawatankuasa dan warga kerja, PMINT telah berjaya disyorkan lulus untuk sambung pensijilan bagi tempoh satu tahun lagi bermula pada 18 September 2012 hingga 17 September 2013.

Sekalung tahniah kepada seluruh warga PMINT di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang perlaksanaan Amalan 5S di PMINT. Semoga usaha-usaha yang murni ini dapat diteruskan bagi mengekalkankecemerlangan PMINT pada masa akan datang.





 
;