Pada hari tersebut juga, barisan Pengurusan PMINT berserta ahli-ahli Jawatankuasa Kerja dan Zon 5S PMINT telah berpeluang mengikuti seminar berkenaan Lean Management yang telah disampaikan oleh Encik Kamarulzaman bin Kassim, Pengarah MPC Wilayah Timur. Turut hadir pada program seminar tersebut ialah Y. Bhg. Dato’ Haji Osman bin Muda, Pengurus Besar PMINT, Y. Bhg. Tuan Haji M. Harith bin Hassan, Timbalan Pengurus besar Perancangan & Pembangunan dan Y. Bhg. Tuan Haji A. Aziz bin Che Talib, Timbalan Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat.
Selepas menghadiri program seminar, barisan Pengurusan Tertinggi PMINT telah dibawa melawat ke semua zon 5S PMINT bagi meninjau pelaksanaan amalan 5S di setiap zon. Semasa aktiviti lawatan turun padang yang memakan masa lebih sejam tersebut dijalankan, pelbagai kreativiti telah diperlihatkan terutamanya di pantri setiap zon. Inisiatif menghias pantri ini dibuat bagi menyertai pertandingan Pantri Terbaik dan Zon Terbaik yang diadakan sempena Hari 5S tersebut.
Program selama sehari tersebut diakhiri dengan majlis penutup dan pelancaran 8S yang disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato’ Haji Osman bin Muda, Pengurus Besar PMINT. Pada majlis tersebut, Y. Bhg. Dato’ Pengurus Besar telah meminta semua warga kerja dapat mengekalkan pelaksanaan 5S di zon masing-masing dan hendaklah sentiasa bersedia menghadapi Pengauditan Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) Bagi Kali Ke-4 pada bulan September 2013 nanti.
Beliau juga mengingatkan warga kerja supaya jangan memandang semua perkara seperti Pengauditan Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan, Pensijilan ISO 9001 : 2008, Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S), Penilaian Star Rating Laman Web dan yang terbaru Ikrar Integriti Korporat sebagai sesuatu perkara yang berasingan dan menyusahkan. Sebaliknya, perkara-perkara inilah yang menjadi kayu pengukur dan penanda aras kepada PMINT untuk menjadi agensi Kerajaan Negeri yang unggul . Malah, PMINT tidak terkecuali dalam melaksanakan agenda transformasi untuk meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan dan tahap penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
Kemuncak majlis penutup tersebut, Zon 3D telah berjaya menggungguli rekod pemenang Zon Terbaik 5S selama dua tahun berturut (2012 dan 2013) dan Pantri Zon Hartanah berjaya dinobatkan sebagai pemenang Pantri Terbaik 2013. Semoga dengan semangat yang telah ditonjolkan di dalam merebut kemenangan ini dapat menyuntik semangat zon-zon lain untuk berusaha lebih gigih untuk memastikan amalan 5S di zonnya dilaksanakan dengan baik.