01 January 2012 0 comments

Selamat Tahun Baru 2012


Selamat menyambut Tahun Baru 2012. Moga tahun ini Amalan 5S PMINT lebih baik dari tahun lepas. Apakah perancangan 5S PMINT untuk tahun ni ya?. Sama-sama kita nantikan dan ikuti perkembangan semasa blog ni.
01 November 2011 0 comments

Pertandingan Zon Terbaik Kali - 2

PENGUMUMAN !!!

Pertandingan Zon Terbaik kembali lagi. Pertandingan pada kali ini akan diadakan pada bulan Disember 2011. Kriteria penilaian adalah sebagaimana pertandingan yang lepas.

Penilaian akan dibuat oleh panel-panel jemputan yang profesional dengan kerjasama Jawatankuasa Audit Dalaman 5S dan Jawatankuasa Kerja Promosi 5S PMINT.

Justeru, semua zon diminta membuat persediaan yang secukupnya. Markah penilaian yang tinggi akan diberikan kepada Zon-Zon yang berjaya menghasilkan kreativiti dan inovasi yang memberi kesan kepada peningkatan PQCDSME dan imej Jabatan.

Adakah piala pusingan Pertandingan Zon Terbaik kali ini akan bertukar tangan? Sama-sama kita nantikan. Jadi jangan tunggu lagi.... mari laksanakan transformasi. Selamat Berjaya!!!!!!!!!
17 October 2011 0 comments

Rasional Amalan 5S

Pengurusan persekitaran tempat kerja yang lebih seragam dan sistematik berdasarkan Amalan 5S merupakan satu pendekatan yang diterima dan dipraktikkan secara universal.

Terdapat beberapa rasional amalan 5S.

1 - Amalan 5S dapat membantu Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu(PMINT) merancang dan melaksanakan usaha-usaha menghasilkan persekitaran tempat kerja yang kondusif bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

2 - Amalan 5S merupakan satu teknik pengurusan persekitaran yang dapat membantu meningkatkan imej PMINT selain daripada meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

3 - Amalan 5S dapat menjana idea kreatif dan inovatif di kalangan pekerja PMINT selain mewujudkan suasana yang bersih dan selamat.

4 - Amalan 5S dapat mewujudkan kaedah bekerja yang terancang, kemas dan produktif sebagai asas displin diri dan prestasi di tempat kerja.

5 - Mengamalkan sistem senggaraan persekitaran pejabat dan tempat kerja yang pintar, ekonomik dan produktif.

6 -  Mengubah tabiat dan rutin bekerja ke arah pencapaian hasil yang diutamakan.

Menurut MAMPU, konsep Amalan 5S adalah mudah difahami oleh semua kakitangan Jabatan kerana:
- Terminologi yang diguna pakai adalah mudah.
- Konsepnya logik dan bersifat semula jadi terhadap perilaku manusia.
- Ia boleh diguna pakai oleh semua jenis Jabatan/Agensi.

 
;