Baru-baru ini jawatankuasa Promosi telah menganjurkan satu Pertandingan Cadangan Terbaik. Sambutan yang menggalakkan daripada semua warga kerja PMINT.
Assalamualaikum pembuka bicara,
Hadiah tersusun menanti juara,
Peserta ternanti tanpa bicara,
Idea Hari 5S menjadi juara.
Hadiah untuk bakal-bakal pemenang.
Pemenang tempat pertama iaitu dengan idea "Hari 5S" jatuh kepada Cik Normaslinda bt Mohd Ariffin. Hari 5S wajar diwujudkan kerana ia dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang Amalan 5S serta mengeratkan silaturrahim antara warga kerja PMINT. Antara aktiviti yang akan diketengahkan semasa Hari 5S adalah seperti ceramah 5S, kuiz 5S, pertandingan nyanyian, deklamasi sajak 5S, pantun dan lakonan.
Pemenang tempat kedua dengan idea "Membina Blog" jatuh kepada Puan Hajah Sapiah bt Muda. Dengan adanya blog ini, orang ramai dan jabatan lain boleh melihat dan mempelajari mengenai Amalam 5S yang diadakan di PMINT. Ia juga boleh dijadikan arkib untuk masa-masa akan datang.
.
Pemenang tempat ketiga dengan idea "Pertandingan Meja & Persekitaran Terbaik" jatuh kepada Puan Wan Faizah bt Wan Abdullah. Demi memupuk sikap sentiasa amal, pertandingan sebegini boleh di lakukan. Pemenang akan dinilai dari segi meja dan persekitaran yang kemas dan bersih, pematuhan kepada Amalan 5S, praktikal dan menyumbang kepada kelancaran kerja, etika dan kakitangan terbabit serta kreativiti warga kerja.
0 comments:
Post a Comment