Pengurusan persekitaran tempat kerja yang lebih seragam dan sistematik berdasarkan Amalan 5S merupakan satu pendekatan yang diterima dan 
dipraktikkan secara universal.
Terdapat beberapa rasional amalan 5S.
1 - Amalan 5S dapat membantu Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu(PMINT) merancang dan melaksanakan  usaha-usaha 
menghasilkan persekitaran tempat kerja yang kondusif bagi meningkatkan 
kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
2 - Amalan 5S merupakan satu teknik pengurusan persekitaran yang dapat 
membantu meningkatkan imej PMINT selain 
daripada meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan kepada 
pelanggan.
3 - Amalan 5S dapat menjana idea kreatif dan inovatif di kalangan pekerja PMINT selain mewujudkan suasana yang bersih dan selamat.
4 - Amalan 5S dapat mewujudkan kaedah bekerja yang terancang, kemas dan produktif sebagai 
asas displin diri dan prestasi di tempat kerja.
5 -  Mengamalkan sistem senggaraan persekitaran pejabat dan tempat kerja 
yang pintar, ekonomik dan produktif. 
6 -  Mengubah tabiat dan rutin bekerja ke arah pencapaian hasil yang 
diutamakan.
Menurut MAMPU, konsep Amalan 5S adalah mudah difahami oleh semua 
kakitangan Jabatan kerana:
- Terminologi yang diguna pakai adalah mudah.
- Konsepnya logik dan bersifat semula jadi terhadap perilaku manusia.
- Ia boleh diguna pakai oleh semua jenis Jabatan/Agensi.
17 October 2011
amalan 5S,
amalan terbaik,
rasional amalan 5s,
sebab 5s diwujudkan
Rasional Amalan 5S
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment