24 September 2012 0 comments

PMINT Berjaya Mengekalkan Persijilan 5S Kali 3


TAHNIAH di ucapkan kepada semua staf PMINT kerana telah berjaya mengekalkan Persijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti(QE/5S) bagi tahun 2012 dengan keputusan cemerlang.

Pengauditan telah dilakukan oleh Encik Mahadi bin Hasbullah, Juruaudit daripada MPC Kelantan. Program audit ini dimulakan dengan Mesyuarat Pembukaan Audit yang dipengerusikan oleh Pengurus Besar PMINT, Y. Bhg. Dato' Haji Osman bin Muda serta dihadiri oleh barisan Pengurusan Tertinggi dan Pengurus-pengurus Bahagian, Pengerusi Jawatankuasa Kerja 5S serta Penyelaras Setiap Zon.  

Program audit diteruskan dengan aktiviti menyemak dokumen-dokumen Jawatankuasa Induk 5S, Jawatankuasa Kerja 5S (Latihan, Promosi, Standard dan Audit) diikuti empat dokumen zon yang dipilih iaitu Zon 3D, Zon Teknikal, Zon IT dan Zon Hartanah. Selesai sahaja proses semakan dokumen, juruaudit diiringi ahli Jawatankuasa Kerja 5S mengadakan lawatan untuk menyemak pelaksanaan 5S di setiap zon bermula dengan di tingkat 15 hingga ke tingkat bawah iaitu di Zon Hartanah.

Pada hari sama juga, pejabat cawangan PMINT di Kerteh (Zon Kerteh) turut diaudit buat kali keduanya oleh Puan Hazwani Nadiah binti Ismail, Juruaudit daripada MPC Kuantan. Ahli Jawatankuasa Zon Kerteh iaitu Puan Rosmawati binti Mohd Jamil, Tuan Haji Mohd Saidi bin Embong dan beberapa oleh ahli zon turut turun ke Kerteh bagi melancarkan perjalanan audit di sana.

Setelah selesai semua pengauditan, Juruaudit telah berkesempatan mengunjungi konti SSPP PMINT di tingkat 2, Menara Permint mengumumkan rumusan dan hasil penemuan audit secara langsung ke udara untuk didengari oleh semua peringkat warga kerja. Alhamdulillah, hasil berkat usaha dan komitmen oleh barisan pengurusan, semua ahli jawatankuasa dan warga kerja, PMINT telah berjaya disyorkan lulus untuk sambung pensijilan bagi tempoh satu tahun lagi bermula pada 18 September 2012 hingga 17 September 2013.

Sekalung tahniah kepada seluruh warga PMINT di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang perlaksanaan Amalan 5S di PMINT. Semoga usaha-usaha yang murni ini dapat diteruskan bagi mengekalkankecemerlangan PMINT pada masa akan datang.





18 September 2012 0 comments

Audit Persijilan 5S Kali ke 3


Diharap semua kakitangan PMINT bersedia di Audit untuk Persijilan 5S PMINT kali ke 3 pada 18 September 2012.. Pengauditan kali ini adalah lebih kepada 4 perkara berikut iaitu Amalan 5S, Kaizen, Sistem, dan Inovasi yang telah dilakukan.
09 September 2012 0 comments

Minggu 5S PMINT


01 August 2012 0 comments

Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK)



Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) adalah merujuk kepada sekumpulan kecil pekerja daripada unit kerja yang sama atau melintasi jabatan, bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih, menganalisis masalah yang berkaitan dengan kerja dan mengemukakan cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan pihak pengurusan serta melaksanakan keputusan tersebut setelah dipersetujui.

Objektif utama Konvensyen ini adalah seperti berikut:

i) Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada staf-staf yang terlibat dalam KIK dengan memberi peluang kepada kumpulan-kumpulan KIK membuat persembahan

ii) Membuktikan dan memberi keyakinan kepada Perkhidmatan Awam bahawa
KIK boleh dilaksanakan dalam sektor awam;

iii) Meyakinkan bahawa KIK dapat membantu Pengurusan menyelesaikan masalah berkaitan kerja dan seterusnya membuat penambahbaikan secara berterusan; dan

iv) Mendapatkan maklumbalas mengenai masalah-masalah yang dihadapi dalam melaksanakan KIK dalam sektor awam bagi tujuan untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan program KIK.

Dalam proses mengenalpasti projek/masalah, kumpulan KIK adalah dinasihatkan supaya
tidak membincangkan beberapa perkara berikut iaitu:

1) Dasar Jabatan;

2) Perjanjian Kesatuan;

3) Perkara mengenai tindakan tatatertib;

4) Hal-hal peribadi;

5) Gaji dan elaun-elaun;

6) Belanjawan jabatan;

7) Syarat-syarat perkhidmatan;

8) Pembahagian tugas;

9) Dasar kenaikan pangkat dan;

10) Perkara-perkara lain yang tidak ada kaitan dengan masalah kerja.

Sumber : http://www.mod.gov.my
02 July 2012 0 comments

Persediaan AUDIT Pensijilan Semula QE/5S 2012

Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) PMINT akan tamat pada 12 Julai 2012.
Masih ada lebih kurang 2 minggu lagi untuk semua warga kerja membuat persiapan audit
oleh MPC yang dijangkakan pada 11 Julai 2012.

Berikut adalah antara kriteria audit yang perlu diambil perhatian serius oleh semua
Jawatankuasa Kerja dan Zon-Zon :-

1. Dokumentasi (Jawatankuasa Kerja & Zon)
- Jadual Perancangan & Pelaksanaan Aktiviti 5S setiap Jawatankuasa/Zon
(Susun ikut kitaran PDCA)
- KPI 5S Jawatankuasa Kerja dan Zon (Analisis pencapaian KPI masing-masing)
- Rekod pelaksanaan aktiviti yang dirancang contoh; minit mesyuarat, gambar
aktiviti dan lain-lain
- Bukti pelaksanaan Penambahbaikan Berterusan (KAIZEN) ; kertas kerja, laporan,
gambar dan lain-lain

2. Sistem (sama ada sistem IT atau lain-lain sistem yang dilaksanakan secara manual
untuk meningkatkan kecekapan sesuatu proses kerja)

3. Penambahbaikan Berterusan (KAIZEN)
- Setiap zon wajib melaksanakan sekurang-kurangnya 1 KAIZEN Setahun

4. Kreativiti & Inovasi
- Setiap Jawatankuasa Kerja dan Zon perlu mengenalpasti aktiviti yang mengetengahkan unsur kreativiti dan inovasi dalam meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dan produk kepada pelanggan.

Harap semua kakitangan membuat persiapan.
07 May 2012 0 comments

Lawatan Sambil Belajar

Program Lawatan Sambil Belajar 5S/KIK ke Majlis Perbandaran Kuantan pada 9 Mei 2012 bertujuan untuk berkongsi pengalaman dengan organisasi tersebut yang telah menyertai Konvensyen ICC dan penghasilan Kaizen

Untuk makluman
Majlis Perbandaran Kuantan
(Pemenang bagi Sektor – Kategori Statutory Body State dalam QE 2011 dan Pemenang Tempat Ketiga Anugerah ICC 2011 bagi Sektor Awam)

Objektif lawatan adalah seperti berikut :-

i. Dapat membuat persediaan untuk menyertai pertandingan Konvensyen Idea Kreatif 2012
ii. Meningkatkan keyakinan, pengalaman dan pengetahuan apabila melihat kejayaan organisasi lain .
iii. Persediaan bagi persijilan tahun ketiga.

Aturcara Lawatan (Rabu 9 Mei 2012)
7.45 pagi : Bertolak ke Kuantan
12.00 tengahari : Tiba di Kuantan
12.30 – 1.30 tengahari : Makan Tengahari
1.30 – 2.30 petang : Solat
2.30 – 4.30 petang : Lawatan 5S/KIK di MPK Kuantan
5.00 petang : Bertolak balik ke Kuala Terengganu
9.00 malam : Tiba di Kuala Terengganu.

Harap-harap dapat memberi impak yang besar kepada PMINT selepas lawatan ini.
01 May 2012 0 comments

Hari Pekerja


01 January 2012 0 comments

Selamat Tahun Baru 2012


Selamat menyambut Tahun Baru 2012. Moga tahun ini Amalan 5S PMINT lebih baik dari tahun lepas. Apakah perancangan 5S PMINT untuk tahun ni ya?. Sama-sama kita nantikan dan ikuti perkembangan semasa blog ni.
 
;