01 November 2011 0 comments

Pertandingan Zon Terbaik Kali - 2

PENGUMUMAN !!!

Pertandingan Zon Terbaik kembali lagi. Pertandingan pada kali ini akan diadakan pada bulan Disember 2011. Kriteria penilaian adalah sebagaimana pertandingan yang lepas.

Penilaian akan dibuat oleh panel-panel jemputan yang profesional dengan kerjasama Jawatankuasa Audit Dalaman 5S dan Jawatankuasa Kerja Promosi 5S PMINT.

Justeru, semua zon diminta membuat persediaan yang secukupnya. Markah penilaian yang tinggi akan diberikan kepada Zon-Zon yang berjaya menghasilkan kreativiti dan inovasi yang memberi kesan kepada peningkatan PQCDSME dan imej Jabatan.

Adakah piala pusingan Pertandingan Zon Terbaik kali ini akan bertukar tangan? Sama-sama kita nantikan. Jadi jangan tunggu lagi.... mari laksanakan transformasi. Selamat Berjaya!!!!!!!!!
17 October 2011 0 comments

Rasional Amalan 5S

Pengurusan persekitaran tempat kerja yang lebih seragam dan sistematik berdasarkan Amalan 5S merupakan satu pendekatan yang diterima dan dipraktikkan secara universal.

Terdapat beberapa rasional amalan 5S.

1 - Amalan 5S dapat membantu Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu(PMINT) merancang dan melaksanakan usaha-usaha menghasilkan persekitaran tempat kerja yang kondusif bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

2 - Amalan 5S merupakan satu teknik pengurusan persekitaran yang dapat membantu meningkatkan imej PMINT selain daripada meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

3 - Amalan 5S dapat menjana idea kreatif dan inovatif di kalangan pekerja PMINT selain mewujudkan suasana yang bersih dan selamat.

4 - Amalan 5S dapat mewujudkan kaedah bekerja yang terancang, kemas dan produktif sebagai asas displin diri dan prestasi di tempat kerja.

5 - Mengamalkan sistem senggaraan persekitaran pejabat dan tempat kerja yang pintar, ekonomik dan produktif.

6 -  Mengubah tabiat dan rutin bekerja ke arah pencapaian hasil yang diutamakan.

Menurut MAMPU, konsep Amalan 5S adalah mudah difahami oleh semua kakitangan Jabatan kerana:
- Terminologi yang diguna pakai adalah mudah.
- Konsepnya logik dan bersifat semula jadi terhadap perilaku manusia.
- Ia boleh diguna pakai oleh semua jenis Jabatan/Agensi.

11 October 2011 0 comments

Design Meja Kreatif

Kreatif dan inovatif merupakan salah satu aspek penting dalam amalan 5S. Termasuklah kreatif dalam menyelesaikan masalah kerja, menghiaskan ruang kerja, menghias meja dan sebagainya. 

Saya ada terjumpa design meja yang paling kreatif. Mungkin daripada gambar - gambar di bawah ini, anda boleh mendapat idea untuk hias ruang kerja sekalian. Ok jom layan.....

 Meja yang beralaskan transformer. 

 Enjin kereta pun boleh jadi kaki meja. Kreatif kan. 

Sesiapa yang ada tayar basikal lama kat rumah tu boleh lah buat kaki meja macam ni. 

 Masa itu penting. Dengan cara ini, anda tidak akan terlepas walaupun satu saat. Iye ke?.hehe

 Alas meja ni kurang digalakkan untuk umat Islam kerana menyerupai patung. Walau apapun tetap kreatif.

Meja ni pun design daripada roda basikal. Kreatif betul.

 Owhhh.. Meja ni dari jauh terliur dengan buah oren. Pasti ramai menyukainya kan?..

 Meja ni nampak simple tapi tetap menarik dan kreatif.

Meja yang diperbuat daripada CPU. Dari jauh kelihatan seperti sebuah komputer kan.

27 September 2011 0 comments

Lawatan Experiental Learning Mengenai Inovasi & Kreativiti


Seramai 30 orang warga Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengadakan lawatan 'experiental learning' ke PMINT pada 28 September 2011 (Rabu), jam 2.30 petang.

PMINT dipilih kerana terdapatnya pengesyoran bahawa PMINT mempunyai amalan baik dalam inisiatif inovasi dan kreativiti yang boleh dikongsi pengetahuan, pengalaman dan serta boleh menjadi penanda aras (benchmark) kepada Kementeriannya kelak.

Zon yang bakal dilawati ialah, Zon Personel, Zon Kewangan, Zon 3D, Zon IT dan Zon Hartanah. Diharap semua Ketua Zon dapat memastikan zon masing-masing bersedia untuk dilawati.

Kedatangan warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia amat kami di alu-alukan.


~SELAMAT DATANG~
24 July 2011 0 comments

Gambar Sekitar Audit Persijilan 5S Kali-2 PMINT

Pihak Jawatankuasa Induk Pelaksanaan 5S mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua warga kerja PMINT di atas usaha gigih dan komitmen tinggi yang diberikan bagi menjayakan Audit Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S 2011 pada 12 Julai 2011 baru-baru ini.

Sebagaimana yang diumumkan oleh Encik Nik Faizal bin Nik Ahmad, Juruaudit MPC semasa penutupan audit melalui Segmen Sembang 5S, Menara PMINT dan Pejabat Cawangan Kerteh telah LULUS TANPA SYARAT pada audit pensijilan kali ini.

Namun terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang dicadangkan oleh beliau untuk PMINT laksanakan. Sama-sama kita nantikan laporan penuh penemuan audit oleh MPC yang akan dihantarkan kepada PMINT tidak lama lagi.

BUKA LACI. En Nik Faizal membuka laci salah seorang staf PMINT. Meja siapa yang bernasib baik tu?

 En Nik semasa berada di bahagian Kiosk Induk 5S untuk melihat maklumat terkini yang terdapat dalam Kiosk tersebut.

Semasa di Mini Kiosk Zon IT sambil diperhatikan oleh ketua zon IT. En Ismail dan En Zawawi
 Sesi soal jawab. En Nik menyoal beberapa soalan kepada Puan Masnah. Antara soalan yang ditanya adalah "Apakah Dasar 5S PMINT?"

Kemas tak??.. Salah satu bilik pegawai yang tertarik untuk dikunjungi.

 Kreatif kan?.. Cara susunan yang begitu kreatif dan nampak kemas apabila dilihat dari dekat. 

En Nik semasa di Bilik Konti. Disini juga En Nik membuat kesimpulan tentang keputusan awal Audit Kali-2. Namun ada beberapa cadangan penambahbaikan yang dicadangkan oleh beliau untuk PMINT laksanakan.

 Sesi bergambar dengan En Nik Faizal selepas tamat Audit Persijilan 5S Kali-2. Dari kiri En Aizul bin Mohamad, En Afirahimi bin Wahab, En Fazrul Isham bin Mohd, En Safee Ali, Tuan Haji Md Jasin bin Ismail, Tuan Haji A.Aziz bin Che Talib, En Nik Faizal bin Nik Ahmad, En Mahadi bin Ibrahim, Puan Hajah Wan Hanan binti Wan Ismail, Puan Zawiah binti Zakaria dan Puan Yaih binti Mohd Tahir.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA KERJA PMINT !!!
11 July 2011 0 comments

Audit Persijilan 5S Kali Ke - 2


Pastikan semua warga kerja PMINT telah bersedia untuk Audit Persijilan Amalan 5S Kali Ke - 2 oleh Malaysian Productivity Corporation(MPC) pada esok iaitu 12 Julai 2011. Diharap PMINT dapat mengekalkan bintang yang sedia ada dan seterusnya dapat menambahkan lagi bilangan bintang. InsyaAllah. Sama-sama kita nantikan !!!
0 comments

Segmen Sembang - Sembang Pagi (SSP)

Segmen Sembang - Sembang Pagi yang diadakan pada setiap minggu antara jam 8.15 pagi sehingga 8.30 pagi yang di kendalikan oleh Jawatankuasa Promosi 5S. Segmen ni menceritakan mengenai aktiviti-aktiviti terkini yang diadakan di PMINT.

Sedang ke udara bersama dengan topik yang dibincangkan.

Segmen Sembang-Sembang Pagi bersama dengan En Yaziq. Salah seorang Pegawai Malaysian Productivity Corporation (MPC)


Ada bakat jadi DJ kan..;)

Membincangkan topik penambahbaikan amalan 5S yang telah telah dilaksanakan. Dalam hal ini, S yang ke-5 adalah yang paling penting iaitu SENTIASA AMAL.
07 July 2011 0 comments

Lawatan Pihak pengurusan Tertinggi PMINT

Pada 6 julai baru-baru ni. Pihak pengurusan tertinggi PMINT telah turun padang melawati setiap zon sebelum Audit Persijilan 5S PMINT. Antaranya adalah Pengurus Besar PMINT, Dato' Haji Osman Bin Muda, Pengerusi 5S, Haji Aziz bin Che Talib, ketua penyelaras, Haji Md Jasin b Ismail dan AJK Induk Pelaksanaan Amalan 5S PMINT.

  






05 July 2011 0 comments

Persiapan Menjelang Audit 5S - Persiapan Poster

Assalamualikum w.b.t. Persiapan untuk audit 5S kali-2 kian hangat di rasai. Semua warga kerja PMINT telah bertukus lumus untuk membuat persiapan ini. Antara persiapan tersebut adalah menyiapkan poster yang baru untuk mengantikan poster yang lama.

Buat kerja tu dik.. Jangan pandang kamera. Nanti lambat siapkan. Cepat2..

Tengah khusyuk memotong dan menyusun poster mengikut susunan Amalan 5S. SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM dan SENTIASA AMAL.

Buang yang putih kat tepi tu elok-elok. Baru nampak kemas.  Buat kerja atau posing je lebih ni?. hehe

Masing-masing khusyuk buat kerja. Ni perasan tak orang tengah ambik gambar nie??
27 June 2011 0 comments

Gambar Sekitar Pra Audit 5S PMINT

Pada 22 Jun 2011. PMINT telah menjalani pra audit 5S oleh pegawai dari MPC iaitu Puan Muhaslizawati. Audit ini bertujuan untuk membuat persiapan untuk menempuhi Audit Persijilan 5S kali ke dua pada satu masa yang akan ditetapkan kemudian.

Dibawah ada beberapa foto yang sempat di upload..

Tersusun kemas semua fail didalam almari. 

Semua fail di tag untuk memudahkan pencarian. Masa pencarian adalah kurang daripada 1 minit untuk mencari sesuatu fail.

Bilik konti 5S PMINT adalah untuk tujuan mengadakan Sembang - Sembang Pagi(SSP). Ia satu kaedah promosi 5S di PMINT. 

Dokumen 5S menyimpan semua maklumat mengenai zon yang terlibat termasuk minit mesyuarat, kaizen yang telah di lakukan, aktiviti-aktiviti yang telah di lakukan dan sebagainya. 

Kemas. Meja yang kemas akan mengembalikan mood yang tenang untuk memulakan kerja.
21 June 2011 0 comments

Sudahkah anda bersedia dengan Pra Audit MPC ???

Pra Audit MPC akan dijalankan pada 22 Jun 2011 (esok) bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Sehubungan dengan itu, kepada semua warga kerja diharap dapat mengemaskini tempat masing-masing dan memastikan amalan 5S diamalkan.


Semua Ketua Zon hendaklah memastikan dokumen dan sudut 5S zon masing-masing dikemaskini.
0 comments

Luangkan masa 5 minit sebelum memulakan kerja

Salam..Macam mana pagi ni..Sihat dan ceria?..Harap-harap sihat hendaknya. Emm. Semua sudah amalkan amalan 5 minit sebelum sebelum memulakan kerja?.. Amalan ini kalau dah sentiasa di amalkan, ia akan jadi rutin harian kita.


Seperti juga, seseorang yang sentiasa membasuh tangan nya sebelum makan, jika suatu hari dia terlupa, sepanjang makan rasa tidak tenang.  Adakah anda begitu??..Apakah rutin amalan yang anda sentiasa lakukan??..

Oleh itu, elemen "SENTIASA AMAL" adalah aspek yang paling penting untuk menjayakan amalan 5S.
15 June 2011 0 comments

Pemenang Teka Silang Kata

Jawatankuasa Kerja Latihan 5S PMINT telah menganjurkan teka silang kata mengenai 5S. Penyertaan yang amat mengalakkan daripada warga kerja PMINT
Puan Hajah Wan Hanan sedang khusyuk membuat cabutan sambil di perhatikan oleh Puan Rubi. "Siapa lah yang bertuah ni",perkataan yang mungkin difikirkan oleh Puan Hajah Wan Hanan ketika ini.

Peserta bertuah yang pertama sedang menerima hadiah wang tunai bernilai RM30. Bestnya.

Gembira dapat diiktiraf sebagai pemenang. Bukan senang nak dapat menang kan..Eh2..siapa lah nie..hehe

Selamber je terima hadiah nie..:)
08 June 2011 0 comments

Pemenang Pertandingan Cadangan Terbaik !!!

Baru-baru ini jawatankuasa Promosi telah menganjurkan satu Pertandingan Cadangan Terbaik. Sambutan yang menggalakkan daripada semua warga kerja PMINT.
Assalamualaikum pembuka bicara, 
Hadiah tersusun menanti juara, 
Peserta ternanti tanpa bicara, 
Idea Hari 5S menjadi juara.

Hadiah untuk bakal-bakal pemenang.


Pemenang tempat pertama iaitu dengan idea "Hari 5S" jatuh kepada Cik Normaslinda bt Mohd Ariffin. Hari 5S wajar diwujudkan kerana ia dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang Amalan 5S serta mengeratkan silaturrahim antara warga kerja PMINT. Antara aktiviti yang akan diketengahkan semasa Hari 5S adalah seperti ceramah 5S, kuiz 5S, pertandingan nyanyian, deklamasi sajak 5S, pantun dan lakonan.


Pemenang tempat kedua dengan idea "Membina Blog" jatuh kepada Puan Hajah Sapiah bt Muda. Dengan adanya blog ini, orang ramai dan jabatan lain boleh melihat dan mempelajari mengenai Amalam 5S yang diadakan di PMINT. Ia juga boleh dijadikan arkib untuk masa-masa akan datang.
.

Pemenang tempat ketiga dengan idea "Pertandingan Meja & Persekitaran Terbaik" jatuh kepada Puan Wan Faizah bt Wan Abdullah. Demi memupuk sikap sentiasa amal, pertandingan sebegini boleh di lakukan. Pemenang akan dinilai dari segi meja dan persekitaran yang kemas dan bersih, pematuhan kepada Amalan 5S, praktikal dan menyumbang kepada kelancaran kerja, etika dan kakitangan terbabit serta kreativiti warga kerja.
27 May 2011 0 comments

Pemenang Zon Terbaik Akhirnya Terjawab!!!

Pemenang untuk Pertandingan Zon Terbaik yang di tunggu-tunggu akhirnya terjawab. Pemenang yang berjaya memperolehi wang tunai sebanyak RM1000 beserta piala pusingan akhirnya jatuh kepada Zon 3D.

Hadiah kepada pemenang di sampaikan oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Osman bin Muda, Pengurus Besar PMINT pada Majlis Perhimpunan Dwi-Bulanan.

Ahli-ahli zon bergambar bersama piala pusingan yang di memenangi. Boleh buat modal untuk pertandingan seterusnya..

Akhir sekali TAHNIAH kepada pemenang. Semoga terus berjaya dan cemerlang dari semua aspek bukan untuk Amalan 5S sahaja dan menjadi motivasi kepada zon-zon lain untuk pertandingan kelak.
 
;