Showing posts with label pertandingan zon terbaik. Show all posts
Showing posts with label pertandingan zon terbaik. Show all posts
25 April 2013 0 comments

3D Ungguli Zon Terbaik Dua Tahun Berturut-turut

Pada 23 April 2013, PMINT telah digegarkan dengan penganjuran Program Hari 5S oleh Jawatankuasa Kerja Promosi 5S PMINT. Program sehari tersebut telah dimulakan dengan Segmen Sembang Pagi PMINT(SSPP) bersama dengan Pengerusi Jawatankuasa Induk 5S PMINT, Y. Bhg. Tuan Haji A. Aziz bin Che Talib dan Tuan Haji Azmal bin Azaddin, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Promosi 5S PMINT bersama dengan krew SSPP. Pelbagai topik menarik berkenaan Program Hari 5S telah dibicarakan.

Pada hari tersebut juga, barisan Pengurusan PMINT berserta ahli-ahli Jawatankuasa Kerja dan Zon 5S PMINT telah berpeluang mengikuti seminar berkenaan Lean Management yang telah disampaikan oleh Encik Kamarulzaman bin Kassim, Pengarah MPC Wilayah Timur. Turut hadir pada program seminar tersebut ialah Y. Bhg. Dato’ Haji Osman bin Muda, Pengurus Besar PMINT, Y. Bhg. Tuan Haji M. Harith bin Hassan, Timbalan Pengurus besar Perancangan & Pembangunan dan Y. Bhg. Tuan Haji A. Aziz bin Che Talib, Timbalan Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat.

Selepas menghadiri program seminar, barisan Pengurusan Tertinggi PMINT telah dibawa melawat ke semua zon 5S PMINT bagi meninjau pelaksanaan amalan 5S di setiap zon. Semasa aktiviti lawatan turun padang yang memakan masa lebih sejam tersebut dijalankan, pelbagai kreativiti telah diperlihatkan terutamanya di pantri setiap zon. Inisiatif menghias pantri ini dibuat bagi menyertai pertandingan Pantri Terbaik dan Zon Terbaik yang diadakan sempena Hari 5S tersebut.

Program selama sehari tersebut diakhiri dengan majlis penutup dan pelancaran 8S yang disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato’ Haji Osman bin Muda, Pengurus Besar PMINT. Pada majlis tersebut, Y. Bhg. Dato’ Pengurus Besar telah meminta semua warga kerja dapat mengekalkan pelaksanaan 5S di zon masing-masing dan hendaklah sentiasa bersedia menghadapi Pengauditan Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) Bagi Kali Ke-4 pada bulan September 2013 nanti.

Beliau juga mengingatkan warga kerja supaya jangan memandang semua perkara seperti Pengauditan Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan, Pensijilan ISO 9001 : 2008, Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S), Penilaian Star Rating Laman Web dan yang terbaru Ikrar Integriti Korporat sebagai sesuatu perkara yang berasingan dan menyusahkan. Sebaliknya, perkara-perkara inilah yang menjadi kayu pengukur dan penanda aras kepada PMINT untuk menjadi agensi Kerajaan Negeri yang unggul . Malah, PMINT tidak terkecuali dalam melaksanakan agenda transformasi untuk meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan dan tahap penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Kemuncak majlis penutup tersebut, Zon 3D telah berjaya menggungguli rekod pemenang Zon Terbaik 5S selama dua tahun berturut (2012 dan 2013) dan Pantri Zon Hartanah berjaya dinobatkan sebagai pemenang Pantri Terbaik 2013. Semoga dengan semangat yang telah ditonjolkan di dalam merebut kemenangan ini dapat menyuntik semangat zon-zon lain untuk berusaha lebih gigih untuk memastikan amalan 5S di zonnya dilaksanakan dengan baik.








01 November 2011 0 comments

Pertandingan Zon Terbaik Kali - 2

PENGUMUMAN !!!

Pertandingan Zon Terbaik kembali lagi. Pertandingan pada kali ini akan diadakan pada bulan Disember 2011. Kriteria penilaian adalah sebagaimana pertandingan yang lepas.

Penilaian akan dibuat oleh panel-panel jemputan yang profesional dengan kerjasama Jawatankuasa Audit Dalaman 5S dan Jawatankuasa Kerja Promosi 5S PMINT.

Justeru, semua zon diminta membuat persediaan yang secukupnya. Markah penilaian yang tinggi akan diberikan kepada Zon-Zon yang berjaya menghasilkan kreativiti dan inovasi yang memberi kesan kepada peningkatan PQCDSME dan imej Jabatan.

Adakah piala pusingan Pertandingan Zon Terbaik kali ini akan bertukar tangan? Sama-sama kita nantikan. Jadi jangan tunggu lagi.... mari laksanakan transformasi. Selamat Berjaya!!!!!!!!!
22 May 2011 0 comments

Zon Manakah Pilihan Yang Terbaik!!!

Jawatankuasa Promosi telah mengadakan satu Pertandingan Zon Terbaik pada 8-12 Mei yang lepas. Pertandingan ini dinilai dari segi sudut Kebersihan dan Keceriaan Ruang Pejabat (Kebersihan, Keselamatan dan Kekemasan), Etika Korporat dan Disiplin Kerja, Kemudahan Pelanggan, Idea Kreativiti/Inovasi serta Menepati Objektif dan Sasaran.

Kemas, teratur dan tersusun. Susun adalah salah satu elemen dalam Amalan 5S. 

Selamat datang ke Zon Personel. Ia menggunakan sebuah komputer sebagai sudut 5S. Penggunaan komputer adalah lebih sistematik dan mudah untuk dikemaskini dan menarik untuk dibaca. 

En Yaziq sedang melihat sudut 5S di Zon Personel sambil diperhatikan oleh En Azmal.

Eh..Jom g sana pulak !!..

Beberapa peraturan dan panduan sebelum menggunakan alat timbang nie. Sila baca dulu sebelum digunakan..

Puan Zaiton sedang menerangkan mengenai sudut 5S zon beliau kepada En Mahadi

Bukan nak main sepak takraw tau. Tapi tengah berbincang nie. Mereka berada di Zon Utiliti. 

Bilik lif pun turut di audit. Untuk pengetahuan, sebelah kiri adalah lif yang baru dan telah siap dipasang.

Pengggunaan Mini Kiosk adalah salah satu kaizen yang telah digunapakai di Zon IT. Penggunaan Kiosk adalah lebih menarik dan lebih sistematik. Ia juga memudahkan untuk mengemaskini maklumat terkini dan juga seiring dengan teknologi terkini.

En Yaziq sedang bertanya mengenai Mini Kiosk. Maybe ada peluang untuk menang kan. hehe..

Ok. Kita tunggu dan lihat zon mana yang akan memenangi pertandingan ini. Mesti semua zon dah tak sabar kan??..
 
;